Rabu, 31 Julai 2013

Iftar Bersama Sir Muhin & Student Taekwondo Koryo Sepang & Sambut Birthday Hubby

Posted by Emmymazli at 5:05 PTG 0 comments
30 Julai 2013 - Rahimah Kitchen, Bandar Bukit Puchong

Alhamdulillah... walau baru nak masuk 2 bulan anak-anak aku join Koryo Sepang ni, banyak perkara menarik yang dah  berlaku untuk kami semua baik anak-anak dan ibu bapa sepakat dalam banyak hal.  

Baru-baru ni team Koryo Sepang buat aktiviti Iftar Bersama Sir Muhin & Student Taekwondo Koryo Sepang.  Walaupun simple menunya tetapi tetap meriah buat anak-anak.  Suka la diorang dapat berkumpul beramai-ramai... macam aku yang masih baru ni, dapatlah berkenal-kenalan dengan yang lain....

Sambil tu, aku ambil kesempatan untuk celebrated birthday hubby yang kebetulan majlis iftar tu jatuh pada harijadi hubby. Thanks kepada Kak Nani yang berusaha carikan kek walau last minit punya plan.  Masa nak potong kek tu... ramai pula menyanyikan lagu birthday untuk hubby... sampai malu-malu cat la orang tu sebab yang nyanyi tu semuanya kanak-kanak riang dan kuat-kuat pulak tu... hahahha....

Apa pon.... thanks kepada insan yang menjayakan majlis iftar ni yang tak lain tak bukan Kak Nani & Kak Selina.  Tq my dear yer.... i lap u!!! 

antara student lelaki
Thanks to Kak Nani & Selina yang menjayakan majlis iftar ni
Antara student gegirl
Sambut birthday hubby



Rabu, 24 Julai 2013

Bermula Musim Pasang Pelita & Main Bunga Api

Posted by Emmymazli at 5:12 PTG 0 comments
Salam Ramadhan….

Apa sangat yang dapat dikongsi…. Cuma melayan keseronokan anak-anak bermain bunga api di bulan Ramadhan…  Projek pasang pelita pon dah mula…. Seronoklah anak-anak aku.  Anyway… moga mendapat ramadhan yang berkat kali ini…. Aminnnn….


Selasa, 23 Julai 2013

Resepi Seafood & Beef Spaghetti Aglio E Olio

Posted by Emmymazli at 1:00 PTG 0 comments
Seafood & Beef Spaghetti Aglio E Olio
Alkisah semalam dok loghat tengok resepi dari NZ Cakes & Pasta yang aku dah share kat blog semalam walaupun aku lom try buat… Heheheh…. So balik kerja semalam terus aku cari bahan masak yang takder kat rumah tu di Cyberjaya.  Teruja giler nak buat petang semalam jugak sebab bila ingat dan tengok jer gambar spaghetti tu aku jadi ngences (kecur air liur)…. Mau sepanjang hari sampai esok paginya aku leh ngences teringat spaghetti tu lak kang kalau tak masak.  Huhuhu….  So akhirnya… aku berjaya masak spaghetti ni untuk juadah berbuka semalam…. Siap boleh bagi jiran-jiran lagi sorang sedikit sebab kalau masak banyak gini kang yang makannya aku, Hanum dan Kimie jer… Hubby aku tetap mau nasi bila berbuka.  Ngade… heheheh… Tapi tak sangka… laku la pulak spaghetti aku ni semalam…. Heheheh…. Alhamdulillah…

As usual… aku ni kalau bab masak memang suka try and error dan juga tokok tambah cara aku.  Tapi sebenarnya lagi syiok ooo…. Sama jer dengan resepi semalam tapi aku tambah skit-skit bahan…. So sesiapa yang nak try resepi tokok tambah aku ni…. Korang sangat dipersilakan…. 

Bahan-Bahan (Untuk 8-10 org makan):
1 pek Spaghetti 500 gm (aku prefer jenama San Remo)
1-2 biji capsicum/ lada bengala dihiris panjang2 (kalau tak suka takmo letak pon takper tapi kalau ada rasa dia lagi best)
15-20 ekor udang - lebih pon ok… baru syiokkkk
5-6 ekor sotong - ikut korang punya citarasa
200gm daging kisar (aku prefer jenama Ramly.  Kalau dalam bungkusan tu ada 2 keping seberat 400gm… so korang pakai 1 keping jer yer.  Kalau nak pakai lebih terpulang pada korang)
½ cawan Extra Virgin Olive Oil (cawan tau…bukan pakai gelas)
5 sudu besar butter/mentega (takmo pakai majerin…. Tak best)
8 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ sudu besar chilli flake (serbuk cili yang kasar, jika nak pedas lagi tambah lagi ½ hingga 1 sudu lagi)
2 sudu besar dry parsley (jika takde boleh pakai daun sup segar yang dipotong halus... but dry parsley adalah yang terbaik)
½ sudu besar lada hitam yang dikisar halus
¾ sudu camca pati ikan bilis (untuk rasakan seafoodnya dari letak ajinomoto)
½ sudu camca teh pati ayam (untuk rasakan manis dagingnya dari letak ajinomoto)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan memasak
Cara-Caranya:
1. Siang dan bersihkan udang dan sotong. Udang tu dibuang kulit dan kepala yer supaya senang nak makan.  
2. Daging kisar hendaklah dileraikan supaya tak terbuku semasa dimasak. 
3. Didihkan seperiuk air yang telah diletakkan 3 sudu besar garam. Apabila air mendidih masukkan Spaghetti dan biarkan ia masak mengikut arahan pada pek Spaghetti. (kalau jenama San Remo kena masak selama 13 minit) 
4. Apabila Spaghetti sudah masak, toskan air dan gaulkan Spaghetti dengan 2 sudu butter supaya ia tidak melekat. 
5. Dalam periuk/kuali yang lain...panaskan Extra Virgin Olive Oil dan baki 3 sudu butter. Apabila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan. 
6. Masukkan udang dan sotong yang dah dibersihkan tadi beserta daging kisar. Masak sehingga sotong mula mengeluarkan air. 
7. Masukkan serbuk cili kasar, dry parsley @ daun sup, lada hitam dan kacau rata. 
8. Jangan lupa masukkan pati ikan bilis dan ayam serta garam secukup rasa...  time bulan pose ni korang boleh la mintak siapa-siapa yang uzur tu rasakan garam...hihihihihi ....
9. Kemudian masukkan spaghetti yang dah dimasak & tos tadi...gaul rata dan masak sehingga air dlm kuali kering sedikit. 
10. Akhir sekali, masukkan capsicum. Gaul rata dan masak dalam 2 minit supaya capsicum tadi tak jadi lembik dan masih rangup. 
11. Siap untuk dihidangkan…. Taraaaa…. Simple jerkan…. Bak kata mama aku… masak main campak-campak jer… tapi hasilnya marveless ok…. Heheheh 


Oklah… selamat mencuba kengkawan….

Nota Emmymazli:  jangan lupa komen di ruang bawah ni kalau korang dah berjaya masak resepi ubahsuai aku ni yer….. (^__^)Y
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...