Khamis, 10 November 2011

Syukur Dapat Tunaikan Ibadah Korban Untuk Anak-anak

Posted by Emmymazli at 3:23 PTG 0 comments
Alhamdulillah.... akhirnya tertunai hajat aku dan hubby untuk mengerjakan ibadah korban untuk anak-anak dengan hasil dari jualan lemang pada raya haji tahun ini.  Syukur sesangat!!
Lupa nak bagi tau yang aku sekeluarga buat korban pada hari kedua Raya Haji sebab terlalu ramai yang buat korban pada raya pertama... kira oklah kan.... Kalini... projek korban kami buat di rumah nenek kami Makwek di Paya Dalam.  Lembu yang kami korbankan ini adalah hasil pencarian bapa saudara aku Waknang!!  Seperti yang korang tahu.. kalau kita korbankan lembu memerlukan 7 bahagian... so aku sharing dengan adik dan sepupu aku belah Melaka di mana aku sendiri untuk anak-anak aku 3 bahagian, adik aku Angah untuk anaknya 1 bahagian, Shahrul untuk anaknya 1 bahagian, bibik aku Bik Limah untuk adik Nizam 1 bahagian dan Waknang sendiri untuk anaknya Fatin 1 bahagian.  

Apa yang aku perasan.... muai betul dapat lembu yang Waknang uruskan ni sebab dapat daging yang agak banyak.  Aku difahamkan yang untuk sedekah jer dapat buat 93 bungkus di mana setiap bungkusan tu 1 kg.  Itu belum lagi termasuk 1/3 bahagian untuk orang rumah dan juga daging yang telah sedia diambil untuk dimasak.  Memang gemuk dan besar lembu yang kami korbankan ini.  Alhamdulillah sangat bila semua merasa.  Tetapi tulaa..... masa sesi menyembelih lembu tu kami tak dapat tengok sebab penjual lembu tu telah uruskan semua seawal subuh untuk sembelih dan melapah.  So bila tiba kat kami hanya tinggal untuk bahagi-bahagikan sahaja.  Memang agak senanglah kerjanya. So.. yang geng-geng lelaki ni tinggal untuk potong daging dan yang perempuan kat rumah tu prepare untuk memasak untuk isi rumah dan juga kenduri tahlil pada petang selepas asar.... ada sedikit kenduri tahlil untuk arwah atuk aku sebenarnya.  Dapatlah hidangkan lauk pauk dari hasil daging korban disamping dapat mengumpulkan saudara mara. Seronok sangat!!

Ramai juga keluarga Seremban balik memeriahkan rumah Makwek.... seronok tengok Makwek happy bila anak cucu semua balik.  Makan pun sedap-sedap... Asam pedas tetel... Sup Gear Box+tulang, Sambal Goreng Jawa dan Nasi Beriani!! Perghhhh!!! Terangkat beb!!!! Mostly mama aku yang masak dan kami yang lain-lain ni prepare bahan masak.  Memang terbaik dari ladang la masakan mama aku nih!!!

Anyway aku nak ucapkan terima kasih kepada semua saudara mara aku yang menjayakan projek korban kami nih dan juga semua keluarga Seremban dan Puchong yang dapat balik ke kampung memeriahkan rumah Makwek nih.  Seronok sangat bila tertunai impian kami.  Tahun depan turn orang Seremban pula buat korban dan kami orang Melaka pula datang!! Yeayyyy!!!

Jom layan gambo masa Raya Haji di raya pertama dan masa sesi menguruskan daging korban ni di raya kedua... Jomm!!!
Di rumah nenek
En hubby melepak di hadapan rumah
Perasan lawa.. hahahah
Adik aku Boy
Sesi bermain game... hahahhaha
Masa daging baru-baru sampai
Sebahagian dari tulang dan isi lembu
Anak-anak aku pun nak menempel bergambar dengan daging lembu
Sesi menimbang dan membahagi daging
Tekun memotong daging
Projek mengerjakan tulang untuk dimasak dan dibahagi-bahagikan
Adik ipar dan biras aku pun turut membantu
sesi mengerjakan tetel untuk asam pedas
Baik punye projek... tak tau apa yang hubby aku dan ipar aku Zahri dah potong dan masukkan dalam asam pedas tu.. kalau tau confirm tak makan.. hahahahha
Adik ipar dan biras aku mengerjakan kepala lembu pula... perghhh
Daging yang dah dibungkus dan diprepare untuk dibahagikan
Asam pedas tetel dan +++... hahahah!! Terbaik!!!
Loghat bapa saudara aku nih... kunun dia la yang masak!! hahahah
Gaya mau ada haa...
Layan nasi empet dan sup gear box.. perghhhh!!! Terbaik!!!
Cousin aku Zira layan gear box untuk pertama kali.  Ni layan gear box jenis hard core punya... hahhahahaha
Selamat gear box!!!

Projek Lemang Di Raya Haji

Posted by Emmymazli at 2:41 PTG 3 comments
Salam u alls!!!

Walaupun dah terlambat... aku tetap nak wish Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.... hehehhe.... baru ni aku ada masa nak update blog... maka aku pun baru ada masa nak wish kat korang dan  juga nak tulis entry aku nih.    

Macam biasa.... di hari raya aidilfitri mahupun aidiladha... aku sekeluarga mencari rezeki untuk anak-anak dengan menjual lemang.  So.... Raya Haji tahun ni macam biasa la.. kami tetap meneruskan mencari rezeki dengan menjual lemang tetapi kali ini dengan niat yang lebih murni iaitu untuk menunaikan ibadah korban untuk anak-anak aku dan menguruskan renovation rumah aku tu.
Kali ini... assistant aku ialah cousin aku si Celeng dan Sharul.  Adik aku si Boy tak dapat nak bantu sebab ada projek khas untuk study dia yang perlu di siapkan.  Penatnya.. jangan cakaplah sebab kena rushing bakar lemang untuk dijual pada hari mantai.  Lemang kalini pula besar-besar dan memakan masa yang lama nak masak.  Tapi paling aku syukur bila 2 hari aku menguruskan lemang nih.... hujan langsung takder.  Padahal mama aku cakap kat kampung aku tu hari-hari hujan.  Bukan apa... kalau hujan... memang agak susah nak buat kerja apatah lagi kalau hujan mencurah-curah... takut air masuk dapur.  1 hal lagi nak tunggu dan uruskan pula mana nak keluarkan air tu.  Ditambah pula kalau hujan.... kerja kami pun jadi boncah dan selekeh.  Pempaham ler.....
Shahrul
Celeng
Hubby aku story pada malam dia bakar lemang bersama sepupu aku si Celeng... ada wartawan interview dia dan ambil gambar dia sedang buat kerja.  Boleh pula masa tu aku pergi mandi tengah-tengah malam sebab tak tahan miang buluh dan si Shahrul pulak dah balik rumah.  Hishh... dengki la aku ngan Shahrul sebab diorang jer dapat bergambo dan di interview.. Hahha.... Kununnya nanti story diorang pasal jual lemang tu nanti keluar kat paper "Melaka Hari Ini".  Ntah yer ntah tidak... Hahaahhahaha!!!  So far aku check kat paper tu yang aku ambil dari JAPERUN Ayer Molek tak keluar lagi story diorang tapi keluar story lemang Kandang!! Hahahah... lagi la jahat!!!
Anyway.....  Alhamdulillah... walaupun jualan agak slow... tapi laku la jugak.  Tak macam raya puasa yang lepas.  Dengan hasil jualan lemang pada raya haji tahun ni... tertunai juga impian aku dan hubby walaupun target kami tak tercapai... huhuhu.... Alhamdulillah again... inilah rezeki raya haji kami....!!!!

Rabu, 9 November 2011

Festival Lagu-Lagu Dakwah NRE 2011 (Final)

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG 0 comments
3 November 2011 (Khamis) - Dewan Baiduri, NRE

Salam semua....

Today nak story pasal event aku last week.  Sorrylah... lately ni aku asyik tulis story basi jer... Nak buat camner.  Event kalini jatuh pada tarikh aku nak balik kampung untuk prepare jualan lemang sempena Raya Haji.  So tak sempat nak buat apa pun since event minggu lepas tu hinggalah ke harini baru aku free untuk menulis.
Oklah... menceceh panjang-panjang pun tak gunakan.... Anyway... last week punya event yang aku nak story ni adalah Festival Lagu-Lagu Dakwah NRE 2011 Peringkat Final.  So... NRE punya team adalah antara 7 team yang berjaya ke final dan merupakan satu-satunya team yang mempunyai peserta perempuan.  Perghh!!! Bangga wei... hahahahaha!!!!!

Antara team dari jabatan lain dibawah NRE yang berjaya ke final ialah JKPTG, NAHRIM, PERHILITAN, FRIM, JPSM dan JPS.  Boleh dikatakan.... peserta final pada kalini memang hebat-hebat belaka dan sememangnya lebih bersedia daripada masa mereka berada dalam pertandingan saringan yang lepas.  
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
NRE sendiri... kami lebih fokus kepada vokal dan corak persembahan agar nampak matang dan segar di hati orang yang menontonnya.  Lagu yang kami bawa adalah lagu yang sama kami nyanyikan semasa pertandingan saringan yang lepas.  Ada yang kata persembahan dari NRE semasa final haritu best sebab disamping menyanyi... persembahan kami dah macam teater muzikal.  Heheheheh....  tapi biasala.... tak semuanya mampu kita raih walaupun kita dah buat sehabis baik dan dapat pujian lebih-lebih.  Akhirnya.. keputusan berpihak pada JKPTG di tempat pertama dan NAHRIM di tempat kedua serta FRIM di tempat ketiga.  Kedudukan kami dari NRE adalah di tangga kelima... Oklah kan... setakat itu jer rezeki kami.  Tapi ada baiknya kami tak mendapat tempat walau itu yang kami harapkan kerana kalau NRE mendapat tempat... mulut orang akan kata "Korang ni bolehlah menang sebab korang dari NRE.  Juri confirm kena menangkan korang!!".  Ataupun statement paling sakit hati bila ada yang kata... "Tahun lepas korang Juara kan?? Ntah apa korang dah bagi kat juri... tahun ni ntah apa pula korang gula-gulakan juri pula untuk menang!!"  Haaa... sampai macam tu sekali tau!!!  Ini bukan cakap tipu... tapi yang betul!!!  Tahun lepas... ada la pegawai tu kena tengking dengan aku sebab cakap macam tu pada aku sendiri.... tahun ni masih ada berbunyi lagik... tapi bukan di telinga aku... tapi ditelinga kawan aku yang juga peserta nasyid.  Kalau kena kat aku.. memang kena sound tepek tu.... Huhuhu.. peduli la korang pegawai ke tak pegawai... betul tak.... ???  Be respect skit haa kalau nak orang respect kat kita...!!!
Eh lupa nak citer.... penyanyi jemputan pada hari itu ialah kumpulan nasyid In Team.  Heheheh.. comel-comel belaka orangnya... aku sempatlah possing dengan diorang di  belakang pentas... tapi malu la pulak... sebab diorang ni nampak cam baik jer.. nampak kami ni macam naughty jer.. Hahahha... boleh gitu??
Bergambar dengan kumpulan nasyid Inteam
Apa pun... walaupun NRE takder rezeki..... kami happy dapat buat yang terbaik pada hari itu.  Dan aku amat berbesar hati bila ada kengkawan dari NRE yang memberi semangat tak putus-putus walaupun kami tak menang.  Memang sayanglah dengan diorang!!!!  Hopefully... tahun depan dapat pegang trofi lagi.  Heheh... berangan lebey!!

Oklah... layanlah gambo kami sepanjang pertandingan pada hari itu yer.... take care!!!


Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...