Selasa, 7 April 2015

Majlis Sambut Menantu Adik Aku

Posted by Emmymazli at 12:35 PTG 0 comments
4 April 2015 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Salam semua....

Harini nak story pasal majlis sambut menantu atau senang cakap kenduri kawen adik bongsu lelaki aku di rumah parents kami.  Alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar seperti yang di atur.  Walau banyak kekurangan.... tetapi atas bantuan banyak pihak terutamanya saudara mara dan juga orang kampung yang membantu... segalanya perfect!!

Apa sangatla aku nak storykan... aku just handle door gift and flower girl serta sambut tetamu.  But... ada certain kerja yang aku dah bahagi-bahagikan kepada cousin-cousin aku.  So tak la rasa terbeban sangat tugas aku ni.  Untuk flower girls and boy... awal-awal lagi aku dah preparekan baju gaun dan juga tuksedo serta flower crown and hand boquet yang aku buat sendiri.  Door gift untuk tetamu pon aku serta beberapa orang cousin dan pak mak sedara dah siapkan awal 2 hari sebelum majlis.  Kalau kami nak buat adik beradik mau tak jadi kerja lain dibuatnya.  Syukurlah ada diorang membantu.  Rewang-rewang untuk masak-masak dah tentu di uruskan oleh orang kampung.  Begitu juga kendarat.  Semuanya be prepared.... tinggal tugas makcik pakcik sedara aku untuk memasak pagi tu untuk tetamu dengan diketuai oleh anak angkat mama yang juga tukang masak hotel.  So.. mama aku tak perlu risau bab lauk-lauk ni... dah ada yang pantau dan bantu masak.  

Okey... bila lagi aku nak tunjuk keloratankan.... orang lain kawen... orang lain pakai inai... heheheh... bila lagi nak merasa... masa kenduri adik sendiri jer la merasa.  Kenduri orang lain kita tengok jer laa... yer tak.... Boleh dikatakan semua adik beradik dan anak buah aku pakai inai ni termasuk mama kecuali Syila sorang.  Apa pon... suke kerja halus orang yang pakaikan aku inai ni.  Sangat halus dan cantik.  Inai dia pon pekat... suke-suke!
Hmm.... apa lagi nak story ekk.... rasanya takde apa pon... anyway thanks kepada sedara mara yang datang dari jauh.... kengkawan dari Kelab Taekwondo Koryo... Kak Lia & family, Kak Mon & family, Kak Fiza & family, Kak Rozana & family serta kengkawan sekolah.. yang aku nampak Zan Aizuwan datang... juga Boss aku sendiri Puan Sharifah Khadijah yang datang ke Melaka untuk hadir majlis perkahwinan adik aku ni.  Thanks banyak-banyak!!

Kita layan gambo jer laa... gambo menceritakan segalanya... yer dak??  Hehehhehe


Flower girls & boy
Semasa majlis berarak... Pengantin dan aksi naik ATVnya
Antara gambar keluarga dan kengkawan yang sempat di ambil
Pengantin of the day
Mother & daughter
Family kami

Gotong royong keluarga kami...

Selasa, 31 Mac 2015

It's My Birthday 31.3.2015

Posted by Emmymazli at 3:47 PTG 0 comments
Salam semua....

Haaaa.... tak sangka usia hakak dah cecah 36 tahun.... huwaaaa..... kejap masa berlalu.... insyaallah..... hakak akan cuba memperbaiki diri sendiri.  Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah pada hakak sekeluarga.... Aminnnn...

Apa pon... harini hakak terlintas la hati nak buka Acik Google... kebetulan pula..... Acik Google letak GOOGLE icon yang melambangkan besday.  Haaaa..... Google pon sambut besday ekk.... waahhhh... sama la kita yer.... Seronoknyeeeee.... (buat sound ala Upin & Ipin)
Anyway.... terima kasih kepada encik hubby, anak-anak, Kak Sitikucayam, Adikku Cilot yang bagi besday present kat hakak.  Ia amat bermakna for my besday this year.  Rasa cam sweet 16th jer... Hehehehe....  Toceh... tocehh.... Love u all.

Okaylah... hakak takde idea nak menceceh lebih-lebih arini... apa pon.... Tq to all yang wish besday kat hakak di Facebook.  Ingatan korang akan ku ingat sampai bila-bila.

Babai!

Isnin, 23 Mac 2015

Kejohanan Taekwondo Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam 2015

Posted by Emmymazli at 10:00 PG 0 comments
21-22 Mac 2015 - Dewan Bola Tampar Seksyen 16, Shah Alam

Salam semua... lama rasanya tak update pasal tournament taekwondo anak-anak ni.  Almaklumlaa.... anak-anak aku dah tak join tournament besar macam tahun lepas... So... just ready untuk  tournament biasa-biasa.... Apa pon bukan calang-calang perlawanan juga nih...
Apa jer aku nak update.... hmmm... anak-anak aku si Hanum & Hakimi terlibat dengan tournament ni... Tapi... rezeki si kakak jer la yang menang pingat perak... untuk adik... nampaknya takde rezeki lagi.  Dari 5 game... sampai game ketiga jer... sayang betul...

Apa pon... untuk keseluruhan... Kelab Koryo telah menjuarai kejohanan kalini... tahniah to all coaches and players.

Nak story panjang-panjang pon tak guna... biarlah gambar berbicara....


Opening ceremony

Lensa anak-anak Koryo Club

Mak-mak pon nak bergambar jugakan.... heheheh

Majlis penyampaian hadiah
 
Hanum -  pemenang pingat perak kategori Feather, Girls 12-14 tahun
3 anak-anak Koryo dari kategori yang sama

Juara Keseluruhan 
Kejohanan Taekwondo Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam 2015
Sir Muhin mewakili KTC untuk menerima mock checque dan piala
  

Memori Koryo Taekwondo Club
Koryo Taekwondo Club
Coaches & Players
Koryo Sepang Team
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...