Selasa, 17 April 2012

Eksiden & Iktibar Di Sebalik Eksiden!!!

Posted by Emmymazli at 9:36 PG 0 comments
Hmmm... apa yang aku boleh kata... tension kalau  nak pikir pasal kereta eksiden ni... Kalau kita tak langgar orang... orang langgar kita walau macam mana kita berhati-hati dan mengelak sekali pun.

Mula-mula aku ingat malas la nak tulis citer pasal aku eksiden ni kat blog ni... For sure orang yang baca dan memang kenal aku akan kata... "Ko ni Emmy... asik eksiden jer....".  Bab ni yang aku malas nak cakap nih.... macam la aku mintak eksiden tu kan....  Wat sakit otak jer....

Anyway aku nak story juga kat blog aku nih.... a day before cuti yang Majlis Pertabalan YDP Agong yang lepas padda 10.4.2012.... masa on the way nak ke tempat kerja dari Cyberjaya ke Putrajaya, pagi tu cuaca agak mendung dan baru lepas hujan renyai dan jalan memang agak basah.  So aku pun drive Exora aku slow jer la sebab kereta pun banyak yang keluar dari Highway MEX tu.  Tiba-tiba masa tengah drive kat selekoh jalan yang sebelum Jambatan Seri Saujana kat belakang tu.. tetiba jer ada kereta Matrix berhenti betul-betul kat selekoh..... Honestly kalau dari jarak yang agak jauh pun memang tak nampak kereta tu berhenti sebab kat selekoh tu ada pokok-pokok di tambah pula kedudukan kereta dia tiba termuncul kat selekoh tu.... aku sempat juga break tapi break pun kereta still loncos jer sebab jalan basah dan selekoh tu agak cerun skit.... so sempat la aku mengelak dari langgar kereta yg berhenti kat tengah jalan depan aku nih... tapi kereta Viva belakang aku pula yang langgar aku... dia kata dia sempat juga nak break juga tapi break pun still loncos jugak.... huhuhu... Adoi.... pening jap.... Dalam keadaan ni tak tau nak marah siapa.... kereta belakang aku ke or kereta yang berhenti tengah jalan kat selekoh depan aku ni.  Mula-mula aku ada juga sound kereta yang berhenti tengah jalan ni... tapi setelah dapat explanation dia... rupanya dia pun eksiden dengan kereta Perdana V6 kepunyaan Hakim Mahkamah Seksyen.  Kereta Perdana tu mengelak satu kereta Pesona Merah  yang u turn dekat selekoh tu... Apa punya bangang!!!  
Kereta yang aku sempat elak ni eksiden dan berhenti betul-betul di selekoh jalan
Viva yang langgar belakang aku...
So malas nak panjang cerita dan menambahkan sesak kat selekoh yang dah sedia jam ni.... aku dengan owner kereta Viva yang langgar belakang aku ni bernama Atul minta berbincang di Masjid Besi.  Setelah discuss... kami terus ke balai polis Putrajaya untuk membuat report.  But before masuk ke balai polis...  Atul tak nak buat report pula dan mahu terus ke bengkel untuk repair kereta.  Aku pun malas nak panjang cerita... terus cari bengkel servis Proton di Presint Diplomatik dan ingat nak terus repair la sebab tuan punya kereta pun dah setuju untuk bayar cost repair... tapi cari punya cari... pusat servis proton tak boleh nak buat.  Kena pergi ke bengkel yang panel untuk buat.  Setelah bincang dalam keadaan pening... Aku dan Atul balik ke Masjid Besi sebab Atul cakap yang kawan dia ada rekomen bengkel... boleh tanyakan laa.... Maka kami pun pergilah ikut kawan si Atul ni.... rupanya bengkel tu di Sungai Merab Luar... dekat jer pun dengan Presint Diplomatik tadi.... dah jadi satu kerja pergi balik.. pergi balik... huhuhuhu....  Tapi aku tak mahu la cakap banyak sebab si Atul ni pun fleksibel orangnya dan bertanggung jawab.. patut aku rasa syukur juga.....  Lagipun... kereta aku bukan teruk sangat pun... tapi masalahnya sebab kereta  baru.... takkan aku nak biar jer kotkan... aku mesti nak tengok kereta tu dalam keadaan asal.  Then, bila pomen dah tengok cost untuk repair kereta aku dan kereta si Atul ni.... Pomen cadangkan lebih baik claim insurans sebab rasa rugi pula kalau membayar untuk repair sedangkan insurans boleh cover. Jadi si pomen ni panggillah kawan dia yang merupakan orang tengah di antara bengkel dan insurans bernama Lan untuk arrange pasal repair and claim ni.  Lan cakap... alang-alang dah claim insurans ni... bumper, bonet baru semua boleh tukar baru untuk Exora aku  ni.... fine.  So, untuk claim insurans ni... mestilah  kena buat report jugakan.... what a wasting time.... kami terpaksa jugalah buat report polis tenghari tu.
Kecederaan kereta aku taklah seberapa
Lebih kurang pukul 2.30 jugalah settle semua perkara... then aku terus amik leave dan balik ke rumah... penat aku dibuatnya.... Petang tu.. Lan ambil kereta aku di rumah bersama semua dokumen kereta yang diperlukan.  So kereta kena masuk bengkel lebih kurang dalam 10 hari... huhuhu... leceh!!!

Tapi nak dijadikan cerita dan tauladan kepada semua.... hari Jumaat lepas... hubby aku tergerak hati nak jenguk kereta tu kat bengkel di Sungai Chua.  Dah la cari bengkel tu bukan main susah kata hubby aku.... Pusing punya pusing... barulah  jumpa bengkel tu... biasenya senang nak cari kalau kereta kita ada dalam bengkel tapi tak jumpa tu sebab kereta aku dalam oven untuk get ready di spray.  Yang buat hangin tu..... si Lan janji ngan aku dan hubby... sumer spare part nak tukar baru sebab dah alang-alang claim insurans... lagipun kereta  baru.... but in the end... kereta aku tu bengkel tu buat touch up jer ngan simen dan spray.... hampeh betul!!!... Dah la bengkel claim ngan insurans penuh.  Amat kurang ajar!!! Hubby aku pun naik toncet laa... cari Lan tu sampai dapat dan call sana sini... cari tokey  bengkel sumer.  Janji macam haprak!!! Menipu!!!  So.. hubby aku bagi 2 opsyen...  memandangkan kereta pun dah nak siap... First opsyen.. hubby aku nak tukar juga semua spare part baru seperti yang dijanjikan.  Pedulilah bengkel dah siap kerja ke apakan.... or Second opsyen.... teruskan kerja untuk siapkan kereta tu but bengkel bayar duit lebihan tu untuk tak mau panjang cerita sebab bengkel akan tetap claim full dengan pihak insurans.... Huh!! Memang dasar penipu!!  Kalau report kat pihak insurans ni.. mau bengkel ngan orang tengah kena ni... So, masa ambil kereta hari Ahad (15.4.2012) lepas.... tokey bengkel tak mau hubby aku bising-bising... dia bayar jugalah duit lebihan yang patutnya dia repair penuh dan kereta pun siap seperti sedia kala.  Walaupun bayar tak sepenuhnya.. sekurang-kurangnya ada la juga....Padan muka!!  Nak menipu tak hagak-hagak!!  Silap orang la dia tipu pun...

So kengkawan semua.... kalau andainya terjadi kes kemalangan gini... jangan ambil sambil lewa dan serah bulat-bulat kereta korang pada bengkel.... Jenguk kereta korang tu... apa dia buat... apa dia tukar.... kadang dia tukar barang murah tapi dia claim barang original... At last baru nak setahun buat ada jer tak kena ngan apa dia buat kat kereta kita tu.  Kadang tu... spare part kereta kita yang original pula dia ambil yang dia kata rosak tapi dia jual then ganti dengan spare part yang ntah apa-apa.  Ambil iktibar di atas apa yang berlaku pada aku.   So.... selamat berjaya.....


Isnin, 16 April 2012

Hanum & Kimie Jual Ais Krim Malaysia

Posted by Emmymazli at 11:35 PG 5 comments
Nak tergelak sengsorang aku arini bila teringat keloghatan anak aku mula nak berniaga ais krim malaysia.   Hahaha... bukan apa... tetiba jer hari Ahad minggu lepas (8.4.2012), aku sefamily ke GM Klang nak cari barang skit... sedang jalan-jalan terjumpa kedai jual barang-barang plastik.  Aku pun mintalah laki aku beli plastik untuk dia jual air dan  bungkus.  Si Hanum pula loghat nak minta dia belikan plastik ais krim malaysia.  Aku pun layankan jer laa sebab bukan mahal pun... tak sampai RM2 pun.  Dalam kepala otak ni dok pikir.... ni mesti nak buat ais krim nak makan sendiri sampai tak ingat punya.... dalam hati pun terdetik geram pun ada sebab asyik nak makan menda-menda sejuk jer.

Pastu hari Rabu (12.4.2012) lepas... tetiba aku tengok dalam peti ais aku ada ais krim horlick dan milo.  Oklah lagi.... maybe dia teringin nak makan ais krim tu.  Tak terfikir lagi dia nak jual sebab kat area taman rumah aku tu bukan ramai sangat pun penghuninya.  Then masa aku baru balik dari kerja dan training volleyball hari Jumaat tu (13.4.2012)... sampai jer kat depan rumah aku rasa nak tergelak bagai nak rak.... tergelak tu bukan apa.... rupanya anak aku dah advertise jual ais krim dia kat depan pagar aku tapi ayat kat iklan dia tu bukan main skema.  Hahahah!!!!  Laku jugalah ais krim dia dek anak-anak jiran beli.  Kebetulan aku pula balik dari training volleyball tu nak minum nescafe.... si Hanum mintak buat lebih skit sebab nak buat ais krim katanya... haahaha.... layan jer laaa...  
Iklan ais krim malaysia si Hanum buat 
Hari Sabtu (14.4.2012) petang tu disebabkan aku tak kemana-mana.... aku tengok kat dapur ada pest sirap dan susu cair lebih ada kat rumah... aku tolong tambahkan stok ais krim dengan buat ais krim bandung dan sirap.  Tapi sementara nak menunggu ais krim ni keras.... semua ais krim milo, horlick ngan nescafe dah selamat habis dibeli.  Sampai dah takder apa la nak dijual bila budak-budak tanya.... Hmmm.... laku jugak laa.... alhamdulillah.....

1 perkara jer laa aku perasan pada anak-anak aku.... minat nak meniaga kat anak-anak aku ni ada tapi strategi jualan lom ada lagi.  Bukan apa.... nak jual ais krim malaysia tu satu 20 sen tapi buat air pakai horlick, nescafe dan milo..... pakai susu lagik!!!!  Sedap memanglah sedap... menda mahalkan... tapi boleh terlokop aub mama dia ni.  Rugi weii... kalau buat ais krim pakai pest takper lagi..... Huhuhuhu...

Kebetulan  malam Sabtu tu aku nak ke pasar borong untuk menambah stok burger  yang hubby aku jual secara order kepada pemancing-pemancing taman kat rumah aku tu..... sambil tu aku pun ke kedai runcit membeli stok-stok pest untuk ais krim anak aku tu... sampai jer rumah terus tak sabar si Hanum nak bancuh  malam tu jugak....  Tapi sebab mata pun dah ralip... sempat  buat ais krim laici dan oren jer laa....

Petang Ahad semalam aku tengok peti ais.... ais krim laici tinggal skit jer lagi dari berapa belas batang aku buat... itu tak termasuk ais krim oren, bandung ngan sirap... aku tak kira la berapa yang tinggal tapi yang penting anak-anak aku seronok nak kumpul duit....  Si Hanum yang beria sangat nak buat ais krim tu tapi si Kimie yang cari pelanggan.  Hahhahaha.... sabo jer laaa!!! Alaa... seronok-seronok jer.... Yang penting anak-anak aku ada minat.  Untung-untung tu memanglah untung...tapi modal aku pun lesap jugaklaa... sumer di Hanum ngan si Kimie kaut... hahahhahah... 
Stok ais krim yang tinggal petang Ahad semalam

Khamis, 5 April 2012

Potong Kek!!

Posted by Emmymazli at 3:54 PTG 0 comments
Besday aku yang lepas ni takder apa la yang istimewa sangat.  Cuma hubby aku meraikan aku dengan membelikan 2 biji kek untuk aku potong di rumah mama dan di rumah mertua aku.  Sebenarnya... ni merupakan pertama kali hubby belikan kek untuk birthday aku itu pun sebab aku dah hint dia... apatah lagi nak buat makan-makan or majlis harijadi.  Selalunya yang tukang beli kek tu aku laa... tak kira la birthday suami, anak-anak, mama & abah, mertua or adik-adik dan kadang tu termasuklah wedding anniversary aku & hubby sendiri.  Even celebrate birthday bermajlis pun tak pernah dengan family aku.... almaklumlaa.. anak yang tua selalu gitu.... tapi aku redho jer laa.  Cuma 2 tahun lepas laa ada adik-adik dan sepupu aku buatkan suprised party untuk aku kebetulan masa tu ada kenduri di kampung.  Masa tu terharu giler walaupun hubby outstation masa tu.... yer lee.. sejak aku sekolah rendah sampai la umur dah tua bangka ni tak pernah potong kek... tetiba ada la orang ingat... mau tak terharu giler....

Hmm.. tetiba terbuka cerita sedih pulakan... tapi itu la hakikatnya... apa pun hidup perlu diteruskan dan aku seperti  biasa ceria dalam terpaksa.  *_*

Oklaaa.... Layan jer la gambo ni ekkk!!


Masa potong kek di rumah mama dan abah


Masa potong kek di rumah mertua.

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...