Khamis, 29 Disember 2011

Tuning Aku Mati!!!!

Posted by Emmymazli at 2:57 PTG 0 comments
Sedey...!!!! Huwaaaa... tak tau nak cakap camner.  Anak burung Cockatiel aku yang bernama Tuning tu mati semalam.   Itu pun hubby aku find out dia mati lepas hubby dan anak-anak balik makan tengahari kat luar.  Tak tau punca tetiba mati.  Padahal.... sebelum ni ok jer.  Tak murung ke apa.... anak aku bagi makan baik jer....  tapi 2 hari sebelum dia mati tu... anak aku cakap dia muntah lepas makan Kaytee tapi selepas tu ok jer kami tengok.  Huhuhu... Tak fahamlah kenapa dia jadi begitu.
Tuning dalam kenangan....
Mayat Tuning.... Huhuhu
Paling sedih bila anak bujang aku menangis beria-ia bila Tuning mati.  Kimie memang rapat ngan Tuning sebab Tuning memang lebih jinak dari si Puteh.  Aku pula yang melalak tengok Kimie nangis.  Dia nak minta ganti Tuning lain tapi aku cakap nanti dulu.  Almaklumleee... ekonomoney!!!  Apa-apa pun... aku minta Kimie jaga dulu si Puteh tu.  Sian dia aku tengok.  
Kimi nangis...
Cium untuk kali terakhir sebelum hubby aku tanam....
Apa-apa pun aku redha Tuning pergi walaupun kami dapat berkasih sayang sekejap jer dengan dia.... huhuhuh.... terngiang-ngiang kat telinga aku time Tuning bising minta ambil dia dari sangkar untuk bawa jalan-jalan dan time suapkan dia makan.  Sedih wooo.....  Huhuhuh... Love u Tuning!!!!

Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2011

Posted by Emmymazli at 2:47 PTG 0 comments
22-24 Disember 2011 - Kangar, Perlis

Salam semua... today aku baru berkesempatan nak story pasal event yang aku sempat joint kalini.

Huhuhu...sementelah kesihatan aku yang tak berapa nak memuaskan ni dan kesibukan aku menguruskan rumah yang aku baru pindah ni sempat lagi aku dan 3 orang rakan sepasukan aku ke Kangar, Perlis untuk mengkuti Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2011.  Tau tak MAKSWIP tu apa???  Haishh!!!... Maksudnya ialah... Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Sebenarnya... hati aku ni taklah beria sangat nak ke Perlis ni untuk main volleyball beach ni tapi disebabkan dah ngam-ngam 4 orang jer yang ada dan kami pula dah hantar nama... nak tak nak pergi jugalah.  Sepatutnya 1 team memerlukan 6 orang di mana 4 orang yang bermain dan 2 orang lagi simpanan tapi apa yang terjadi kat team aku ni..... kami hanya ada 4 orang jer maka kenalah bermain mati-matian.   2 orang lagi player aku ni ada hal lain la pulak.  Tak boleh nak kata apa.  So  kami 4 orang ni kena jaga-jagalah jangan ada yang tercedera.  Dah la aku tak berapa sihat.  Memang aku redha sahaja apa yang bakal terjadi.
Dari kiri, Kak Chik, Aku, Teha dan Caya
Eh.. lupa nak mention 4 orang player team aku tu saper.... Anyway, player team aku ni terdiri dari aku sendiri,  Nurcaya, Fateha dan Che Zakiah @ Kak Chik.  Persediaan team aku???  Hahahahah... takder langsung!!  Bila nak training jer, ada sajer rintangan... hujan laa... player takder laa... court penuh la... eh... macam-macam hal lah!!  Memang team aku ni pergi Perlis secara gamble jer.  Apa nak jadi... jadilah!!  Tak kuasa aku nak fikir... huhuhuhu!

Kami bertolak ke Perlis pada 22 Disember 2011 (Khamis) dari ofis jam 1 tengahari bersama dengan budak-budak bola dari NRE.  Perghhhh.... bila difikirkan... tak larat aku nak berjalan jauh ni.  Almaklumlee... mabuk darat!! Kerja aku membuta jer la dalam bas NRE tu.   Asal tengok aku jer tido... tengok aku jer tido... hahahah..... tengok tv dalam bas sekejap terlelap.  Kalau aku tak lelap kang aku pening.  Baik tido!!!  Sampai kat Perlis pun dah tengah malam lebih kurang jam 11.30 malam kat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang di Bawah Jabatan PERHILITAN.   Kat situ kami stay macam kat hostel tapi yang scarynya bila aku bertiga jer pompuan yang ada termasuk Kak Chik dan Caya duduk dalam hostel yang banyak katil tu.   Si Teha dah sah-sahlah balik rumah bakal mak mertua dia yang kebetulan tunang dia si Wan budak tempat aku tu ikut tumpang naik bas NRE sekali nak balik kampung dia.  Tersentil lah kami bertiga kat hostel tu.  Huwaa.... scary beb!!!

Masa hari kejohanan tu berlangsung pada 23 Disember 2011 tu.... team aku  ni memang terkontang kanting kami 4 orang ni.  4 orang kami ni... itulah player... itulah pengurus... itulah kapten... itulah juga penasihat dan itulah juga penyokong.   Huhuhu... sedih giler.  Nasib baik ada Wan temankan si Teha tu.  Ada juga orang nak ambilkan gambar dan bawa kita ke sana ke sini.  Kalau tak.. 1 gambar haram pun takder.... Huuhu.
Sempat pose masa team lawan minta time keluar
Semangat!!!
Team aku adalah antara tergolong dalam Kumpulan D termasuk player dari team Imegresen, KKR, Audit dan Wisma Putra.  Kiranya.... dalam Kumpulan A, B,C dan D ni..... kumpulan D lah paling banyak team dengan 5 team 1 kumpulan berbanding yang lain yang hanya 4 team 1 kumpulan.  Tapikan.....nak jadi rezeki kami pada haritu agaknya....walaupun kami terkotang kanting 4 orang ni.... kami berusaha untuk bermain bersungguh-sunguh walaupun orang tengok kami ni macam tak serius jer main volleyball tapi kami menang tanpa kalah dengan 4 team lain dan menjadikan kami Johan Kumpulan D.  Heheheheh.  Dalam banyak-banyak tu.... team Audit lah yang paling digeruni tapi nak jadi rezeki kami haritu... kami menang mudah dengan Audit.  Result kami haritu.... NRE vs KKR (21-19), NRE vs Imigresen(21-10), NRE vs Audit (21-5) dan NRE vs Wisma Putra (21-19).  Dengan ini... melayakkan kami ke suku akhir dan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A iaitu DBKL pada hari esoknya.  Tapi rezeki kami di suku akhir takat tu jer.  Huhuhu....  Kami kalah dengan DBKL 2-21.  Huwaaaa.... teruk giler rasa. Nak buat camner... takat tu jer yang mampu buat.  Hehehehe... habis jer game.... terus kami bertolak balik ke hostel dan bersiap untuk balik KL.  Actually... budak-budak bola  tak dapat ke suku akhir... so diorang terpaksalah teman kami pada perlawanan akhir tu dengan jadi penyokong tapi takder rezeki diorang tengok kami menang... hahahah... statement!!!!  Keluar jer hostel kami shopping dekat Wang Kelian... tapi aku pula tak lah shopping mana pun.... migrain pula melanda!!!  Beli baju 2 helai, bantal Angry Bird , kacang-kacang dan buah then lepas tu terus makan tengahari.... pastu aku terus cepat-cepat balik ke bas semula nak membuta.  Berpeluh-peluh aku tahan sakit kepala ni masa shopping tu.  Tak syok langsung!!!   Tau-tau jer aku tido dan tido lagi dalam bas then makan malam kat R&R Tapah then tido lagi pastu terus sampai ke Putrajaya pukul 12.15 malam.  Heheheheh....Boleh gitu???
Bersama pengurus JPM
Get ready nak berlawan dengan team yang paling kami geruni... Audit
NRE vs Audit
Aksi aku masa last day lawan dengan DBKL
Result kumpulan D.... kami johan kumpulan
Jadual ke perlawanan suku akhir... tapi NRE takder rezeki... huhuhu
 Anyway.. walaupun letih dalam perjalanan pergi dan balik ke Perlis.... aku rasa berpuas hati dengan pencapaian team aku ni walaupun kami ada 4 orang jer tapi kami berjaya membuktikan kami boleh jadi Johan kumpulan walaupun kami berhenti takat suku akhir perlawanan jer.    Ko ada??? Aku ada!!!  Hehehehe.... Caiyokkk!!!  Moga team aku akan berusaha lebih lagi di  masa akan datang.  Mana tau kali itu jadi Johan pulakan??? Waaarghhhhh.... AMIN!!!!



Selasa, 20 Disember 2011

Saya Telah Berpindah di Cyberjaya!!!

Posted by Emmymazli at 11:10 PG 3 comments
Yuhuuuuuuuuuuu...!!!!!!!!!  Kengkawan sumer!! Aku nak maklumkan kepada semua yang aku dengan ini secara rasminya telah berpindah di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya.  Haaa... akhirnya impian aku dan keluarga telah tercapai.  Tak sia-sia penantian aku selama 8 tahun nak tunggu duduk rumah sendiri ni. 
Rumah aku....
Anyway, walaupun rumah aku tak sempurna lagi renovatenye.... tapi atas sebab aku tak mampu nak tunggu lama lagi sebab rumah yang aku sewa di Desa Saujana tu telah berpindah pihak kepada owner baru.... maka tanggal 13 Disember 2011 aku telah mula berpindah dengan mula pindahkan barang-barang besar di rumah tu atas bantuan rakan sekolah aku di SMVPD si Jeff dengan menggunakan lori dia.  Alhamdulillah.... semua berjalan dengan lancar masa pindahkan barang tu tapi punyalah letih nak packing dan angkut barang tu... tuhan jer tau.  Macam nak tercabut pinggang aku.  Itu belum lagi kira nak kemas barang yang dah diangkut pula kat rumah baru tu.  Banyak juga la barang yang aku rasa tak berguna aku sedekahkan kepada kakak dan mat indon yang kerja kat area perumahan aku tu dan yang betul-betul tak pakai aku buang dan bakar jer.  Takmo nak semakkan rumah lagi.

Itu pun walau aku dah kemas, sedekah dan buang pun still lagi ada jer barang yang bertimbun di bilik belakang tu.   Punyalah semak kat bilik belakang walau dah kemas beberapa kali.  Hmmm... betullah orang cakap... sebulan lebih pindah pun belum tentu siap kemas rumah.  Letih woo....  Selagi rumah aku takder kitchen kabinet dan rak kat stor tu... aku rasa selagi tu la aku akan rasa semak kat dapur, stor dan bilik belakang tu sebab banyak barang dapur jer pun tapi tak tau nak letak mana.....  Tapi nak buat camner... dah banyak duit aku habis kat renovate rumah tu... bab nak buat kitchen kabinet tu aku rasa lambat skit kot.  Habis dah duit aku tanpa sedar beli barang untuk rumah tu sedikit demi sedikit walau tak seberapa.  Duit bonus sumer habis kat rumah jer..... beli lampulah.. beli paip la... beli cat la... beli kabinet anak la... itu laa... ini laa..... last-last aku yang pokai... huhuhuh... pening-pening!!!  Tapi takper... walau aku berhabis duit... yang penting berhabis untuk rumah aku.. bukan rumah orang lain.  Syukur sangat!!

Sebenarnya... banyak lagi perkara kat rumah aku tu yang belum siap sepenuhnya terutamanya bab renovate tu.... macam-macam masalah timbul tapi takper... biarlah aku hadapinya dengan sabar.... takmo kecoh-kecoh... selagi aku boleh sabar... aku bersabar tapi tanpa sedar aku punya stress tu sampai aku demam dan batuk tak ingatlah lepas pindah 4 hari kat rumah tu...!!!   Pastu... baru aku nak recover... berjangkit pula kat anak-anak dan hubby demam dan batuk aku tu.  Event now, batuk aku still tak hilang lagi ni.  Orang-orang tua kata demam terkejut sebab pindah rumah baru.  Hahahahah..... iyolah tu.   Dahlah penat pindah... kena mengemas lagik... time tu pulak la badan ni tak sihat.  Stress aku!!! 

Aku memang berhasrat nak buat kenduri doa selamat setelah berpindah nanti bersekali dengan majlis doa selamat anak aku bersunat tapi bila tu belum ditentukan lagi sebab masalah kekangan kewangan buat masa ini.  Apa pun.... kengkawan semua doakan aku yer selamat menempuh segalanya dengan cekal dan tabah.... Doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga yer... 


Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...