Selasa, 20 Disember 2011

Saya Telah Berpindah di Cyberjaya!!!

Posted by Emmymazli at 11:10 PG 3 comments
Yuhuuuuuuuuuuu...!!!!!!!!!  Kengkawan sumer!! Aku nak maklumkan kepada semua yang aku dengan ini secara rasminya telah berpindah di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya.  Haaa... akhirnya impian aku dan keluarga telah tercapai.  Tak sia-sia penantian aku selama 8 tahun nak tunggu duduk rumah sendiri ni. 
Rumah aku....
Anyway, walaupun rumah aku tak sempurna lagi renovatenye.... tapi atas sebab aku tak mampu nak tunggu lama lagi sebab rumah yang aku sewa di Desa Saujana tu telah berpindah pihak kepada owner baru.... maka tanggal 13 Disember 2011 aku telah mula berpindah dengan mula pindahkan barang-barang besar di rumah tu atas bantuan rakan sekolah aku di SMVPD si Jeff dengan menggunakan lori dia.  Alhamdulillah.... semua berjalan dengan lancar masa pindahkan barang tu tapi punyalah letih nak packing dan angkut barang tu... tuhan jer tau.  Macam nak tercabut pinggang aku.  Itu belum lagi kira nak kemas barang yang dah diangkut pula kat rumah baru tu.  Banyak juga la barang yang aku rasa tak berguna aku sedekahkan kepada kakak dan mat indon yang kerja kat area perumahan aku tu dan yang betul-betul tak pakai aku buang dan bakar jer.  Takmo nak semakkan rumah lagi.

Itu pun walau aku dah kemas, sedekah dan buang pun still lagi ada jer barang yang bertimbun di bilik belakang tu.   Punyalah semak kat bilik belakang walau dah kemas beberapa kali.  Hmmm... betullah orang cakap... sebulan lebih pindah pun belum tentu siap kemas rumah.  Letih woo....  Selagi rumah aku takder kitchen kabinet dan rak kat stor tu... aku rasa selagi tu la aku akan rasa semak kat dapur, stor dan bilik belakang tu sebab banyak barang dapur jer pun tapi tak tau nak letak mana.....  Tapi nak buat camner... dah banyak duit aku habis kat renovate rumah tu... bab nak buat kitchen kabinet tu aku rasa lambat skit kot.  Habis dah duit aku tanpa sedar beli barang untuk rumah tu sedikit demi sedikit walau tak seberapa.  Duit bonus sumer habis kat rumah jer..... beli lampulah.. beli paip la... beli cat la... beli kabinet anak la... itu laa... ini laa..... last-last aku yang pokai... huhuhuh... pening-pening!!!  Tapi takper... walau aku berhabis duit... yang penting berhabis untuk rumah aku.. bukan rumah orang lain.  Syukur sangat!!

Sebenarnya... banyak lagi perkara kat rumah aku tu yang belum siap sepenuhnya terutamanya bab renovate tu.... macam-macam masalah timbul tapi takper... biarlah aku hadapinya dengan sabar.... takmo kecoh-kecoh... selagi aku boleh sabar... aku bersabar tapi tanpa sedar aku punya stress tu sampai aku demam dan batuk tak ingatlah lepas pindah 4 hari kat rumah tu...!!!   Pastu... baru aku nak recover... berjangkit pula kat anak-anak dan hubby demam dan batuk aku tu.  Event now, batuk aku still tak hilang lagi ni.  Orang-orang tua kata demam terkejut sebab pindah rumah baru.  Hahahahah..... iyolah tu.   Dahlah penat pindah... kena mengemas lagik... time tu pulak la badan ni tak sihat.  Stress aku!!! 

Aku memang berhasrat nak buat kenduri doa selamat setelah berpindah nanti bersekali dengan majlis doa selamat anak aku bersunat tapi bila tu belum ditentukan lagi sebab masalah kekangan kewangan buat masa ini.  Apa pun.... kengkawan semua doakan aku yer selamat menempuh segalanya dengan cekal dan tabah.... Doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga yer... 


Isnin, 12 Disember 2011

Anak Cockatiel Aku Yang Jinak!!!

Posted by Emmymazli at 6:11 PTG 1 comments
 9 Disember 2011

Salam semua... seronok betul aku bila akhirnya tercapai impian aku untuk mempunyai baby bird yang still handfeed dan yang paling penting jinak.  Aku memang berangan-angan nak mempunyai burung Cockatiel spesis Lutino (kuning) dan Albino (putih).  Dapat juga akhirnya!!!!

2 ekor anak burung ni umurnya lebih kurang 3- 4 minggu masa aku beli dari Pak Teh.  Masa mula-mula ambil tu aku agak nerves dan takut nak pegang sebab belum pernah dapat pegang burung yang tak menggigit.  Hehehehhe..... Tapi bila dah dapat pegang macam tak mau lepas jer.   Nak pula kerja dia nak menenggek kat bahu kita... rasa sangat di sayanyi.... Masa aku ambil gambar ni pun.... bukan main pandai lagi 2 ekor burung ni nak berposing... loghat!!!  Cam tau-tau jer orang ambik gambar dia.  Heheheheh...

Burung-burung ni aku namakan Puteh (Albino) dan Tuning (Lutino).  Tuning masih lagi makan suap.  Aku beri makan Kaytee (nestum untuk burung) setiap pagi dan petang.  Berbanding Puteh pula tak mau langsung makan Kaytee.  Dia dah mula makan sekoi dan benda keras.  So tak pandang dah Kaytee lembik-lembik ni.  Eksyen yee Puteh!!

Puteh
Tuning
Anak-anaklah orang yang paling suka dapat 2 ekor burung ni bila diorang dapat bawa dia kehulu kehilir macam anak sendiri.  Tak payah aku suruh... tau la si Hanum tu bagi makan tiap-tiap pagi sementara dia cuti sekolah ni.  Hmmm.... yang tak tahan tu siap ajak main buaian tu... sabo jer laa....

Oklah... kengkawan  yang nak bermain dengan burung aku ni.. meh la singgah rumah.... bleh main dengan burung Cockatiel ni sesama yer.....

Kimie Berkhatan... Bujang Dah Anak Mama!!

Posted by Emmymazli at 5:15 PTG 2 comments
4 Disember 2011 - Ampang

Salam u oulss!!!

Kalini nak citer pasal anak bujang aku si Kimie yang baru jer berkhatan.  Fuhh!!! Lega sungguh aku bila Kimie dah setuju untuk berkhatan pada usia 8 tahun.  Ini semua gara-gara terhasut oleh ajakan anak best friend aku si Nurul, Riduwan.... maka si Kimi pun berjaya dipujuk untuk berkhatan.  Yeay... selamat 1 bab!
Kimie baru lepas berkhatan masa on the way balik ke rumah
Sebenarnya.. lama dah aku pujuk Kimie untuk berkhatan tapi dia takut.  Walaupun adik aku si Syila dok pujuk siap nak offer bagi dia pocket bike pun tetap Kimie belum terbuka hati nak berkhatan.  At last... gara-gara ajakan si anak Nurul dan hadiah yang dijanjikan si Syila... maka Kimie pun akhirnya setuju nak berkhatan.  Atas bantuan Nurul yang meregisterkan anak aku bersekali ngan anak dia dan anak buah dia yang nak berkhatan juga tu.... akhirnya tercapailah matlamat aku nak berkhatankan Kimie tu.  
Kimie berkhatan sekali dengan anak Nurul si Riduwan (tengah) dan anak buah Nurul (kiri sekali)
Sehari sebelum Kimie nak bersunat tu.... Kimie siap request kat aku minta Paman Yun (cousin aku yang kebetulan ada kat rumah aku masa tu) mesti teman dia kat dalam bilik doktor masa dia khatan tu.   Haiii!!! Sabor jer la!!! Mengada.... si Ayun pun layan jer laa... sebab dah janji ngan anak buahkan....
Lepas keluar bilik doktor.  Kimie ditemani hubby aku dan cousin aku Ayun
Aku dah tak ingat nama klinik si Kimie tu berkhatan tapi yang aku tau.... Kimie berkhatan di area Ampang.  Klinik ni menggunakan kaedah Alisklamp...  Lepas bersunat... dah boleh jalan seperti biasa cuma jangan lasak-lasak jer la.  Senang juga nak jaga.  Tak macam orang dulu-dulu siap nak jahit bagai dan kena pakai kain yagn kena gantung sepanjang masa tu.  Lepas beberapa hari, Kimie pun dah boleh pakai seluar walaupun klamp dia still ada kat bird-bird dia tu..   Heheheh.  Kalau korang ada anak lelaki yang nak gunakan kaedah ini... boleh lah cuba....  aku letakkan sekali panduan Alisklamp ni...  Bukan aku nak promote suka-suka kaedah ni.  Tapi so far.. aku tengok Kimie ni lasak semacam jer walaupun ada klamp tu kat bird-bird dia.  Kira oklahkan kalau kaedah ni tak menyusahkan budak-budak untuk menjaganya...
 
Anyway... so far ni matlamat aku dah tercapai.... so lepas ni matlamat Kimie pulak nak dapatkan pocket bike dia dari Mak Anjang dia... hahahah... siaplah ko Syila!!!  Kimie dah tuntut tu... paham-paham sudah!!!

Kiranya... kalau dah berkhatan tu.. anak aku dah bujanglah kan??!!! Heheheh!!!  Sayang Kimie.....


Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...