Isnin, 12 Disember 2011

Birthday Kimie 8 Tahun

Posted by Emmymazli at 5:00 PTG 1 comments
1 Disember 2011

Amboiii... Dalam tak sedar dah masuk 8 tahun umur anak bujang aku rupanya pada 1 Disember yang lepas....  Hmmm.... bangga seh... mama nampak muda lagi tapi anak dah bujang... kahkahkahkah!!!  Statement aku tak boleh blah!!! Poyos giler!!

Anyway... birthday Kimie tahun ni... hubby aku belanja kami sefamily bersama cousin aku si Ayun makan sedap-sedap di Restoran D'Tasik di samping dijamu dengan alunan lagu dari kugiran kat restoran tu pada malam 30 November 2011.  Saja bagi Kimie makan sedap-sedap malam before birthday dia tu sebab dia ada masa 4 hari jer lagi nak bersunat.  Nanti dah sunat nak kena berpantang.  So kena la makan tak hengatkan....
Menu pada haritu... memang lauk permintaan Kimie... Ikan 3 Rasa, Udang Goreng Butter, Daging Merah Sayur Kangkung Ikan Masin dan Sup Ketam.  Perghh... makan tak hengat malam tu kitorang.  Apa pun layan jer la kehendak anak bujang aku sorang ni.  Tahun ni tak dapat nak celebrate birthday Kimie macam birthday Hanum sebab aku kesuntukan masa nak berpindah.  So mana yang ada jer laa....
Menu pada malam tu
Kimie sedang merenung ikan siakap tu.... tak sabo nak makanlah tu..
Udang Goreng Butter kat sini memang best...
Masa kitorang tengah makan tu.. rupanya dalam diam hubby aku ada request dengan penyanyi kugiran tu untuk nyanyikan khas lagu happy birthday untuk Kimie.  Apa lagi.... bila penyanyi tu nyanyi jer dan datang kat Kimie... Kimie terus makan sambil tersipu-sipu malu... Hahahah... gedik jer!!!


Makan ice cream tak hengat!!
Pada 1 Disember 2011 tu, memang niat aku nak belikan birthday cake untuk Kimie walaupun pada asalnya hasrat dia nak sangat cake Ben10 tu aku tak dapat tunaikan.  Huhuhu... sian... nasib baik Kimie ni terima jer seadanya.  Tak banyak songeh... tu yang buat aku sayang pada Kimie.  Ok kan jer apa aku cakap.  Jadi... kalau nak potong kek mesti ada orang ramai skit baru best.  So, kebetulan hubby aku ada mancing dan dapat ikan siakap seberat 2kg lebih 2 hari sebelum birthday Kimie tu, so hubby aku minta buat masak-masak dan potong kek birthday Kimie kat rumah Bibik Lipah aku di Putra Perdana.  Kebetulan nenek aku pun ada di sana dan dia suka sangat makan ikan besar-besar yang hubby aku pancing.... so bolehlah sharing hasil tangkapan dengan semua orang yang ada. 

Perghh!!! Bibik Lipah punya air tangan Ikan Siakap 3 Rasa memang best laa... kalah kedai makan tau.  Bertambah Kimie ngan nenek aku makan nasi dan meratah lauk.  Seronok tengok.  Hubby aku pun tumpang banggalah sebab hasil tangkapan dia dapat dijamu.  Huhuh... perasan!!!
Ikan Siakap 3 Rasa - Ikan hasil tangkapan dari hubby aku


Lepas je sesi makan nasi.... Terus kami ke sesi potong kek.  Hmmm..... Suka betul Kimie dapat potong kek tanpa gangguan orang lain.  Kakak Hanum pun tak boleh kacau tau.  Hahahahah.  Apa yang penting anak-anak aku happy... Love u Kimie!!!



Karnival Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia 2011 (TCC1M '2011)

Posted by Emmymazli at 4:27 PTG 0 comments
3 Disember 2011 - Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Hai.... walaupun dah basi story aku ni.... tapi aku tetap nak story...  nak buat camner kan.. mak dah tak sihat... story pun simpan jer laa.... hehehhe..

Oklah... baru-baru ni aku ada share video TCC1M dalam blog aku ni.  Sebenarnya.. aku nak sharing video ni untuk adik-adik aku di NRE ni dan orang di luar sana untuk join Karnival TCC1M ni pada 3 Disember 2011 yang lepas.  Dari NRE sendiri ada lebih kurang dalam 30 orang peserta termasuk anak aku yang 2 orang tu join karnival ni.  
Suasana di Dataran Merdeka semasa TCC1M '2011
Anyway...karnival ini merupakan acara tahunan Kementerian Pelancongan Malaysia dan dari tahun ke tahun diorang akan buat target untuk mengumpul lebih ramai peserta yang hadir karnival ini.  Yang merasmikan event ini ialah Isteri PM kita iaitu Datin Sri Rosmah.  Karnival ini mengetengahkan tarian dari pelbagai jenis kaum di Malaysia iaitu, Tarian Cina, India, Sabah, Sarawak, Orang Asli, Zapin dan Siam di samping lagu Malaysia Truly Asia dan Lagu Penutup TCC1M.  Tarian-tarian TCC1M ni pun bukan susah sangat... senang jer.  
Semasa Datin Sri Rosmah sedang berucap
Karnival ni memanglah best.  Anak-anak aku yang joint confirm sukalah dapat berkumpul macam ni.  Tapi letihnya bila kena bangun awal giler dan berkumpul kat Dataran Merdeka tu pun awal pagi kena ada kat sana.  Lagi letih bila nak manage peserta NRE untuk uruskan dari A-Z.  Nasib baik diorang ni sporting dan saling bantu membantu.  Syukur sangat. Lagi syok bila aku dapat jumpa best friend aku si Nurul Mashitah bersama anak-anak dia.  Confirm si Kimie la paling lorat jumpa anak Nurul Duwan sebab esok harinya diorang ni nak berkhatan.  Kena bincanglah nak buat apa... hehehhe.... story bab Kimie sunat nanti aku citer di lain entry yer.
Sebahagian geng NRE yang bersama dengan aku

Kimie dan Hanum... Suka la dapat berjalan
 
With my best friend dan anak-anak masa jumpa kat sana
Sebenarnya... selain menari TCC1M ni... ada macam-macam event sebenarnya yang Kementerian Pelancongan aturkan... siap ada artis la bagai... tapi aku dan kengkawan lain tak kuasa pula nak menunggu.  So kitorang balik dengan lebih awal dalam jam 9.30 pagi gitu.  Pergi makan lagi baik.  Lapar tu siot!!! Mencekik roti ngan air mineral yang Kementerian Pelancongan bagi tu tak boleh nak cover lapar tahap kritikal aku.   Huhuhu!!!
Semua peserta NRE yang joint
Oklah.... chow dulu dari entry TCC1M ni yer.. enjoy the pic dan jumpa di next entry yer....





Tak Sihat!!

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG 0 comments
Salam...Hmmm... hampir setengah bulan aku tak menulis dalam blog ni.  Sedangkan banyak yang nak aku ceritakan di sini yang berlaku dalam kehidupan seharian aku tapi disebabkan faktor kesihatan yang tak diduga maka aku menyepi.  Boleh dikatakan lama juga aku berehat dari buat apa-apa tapi dalam masa yang sama agak letih juga bila terpaksa menguruskan perpindahan rumah walaupun badan tak berapa nak sihat.  

Sakit yang aku alami taklah serius sangat tapi bila dah kena mau tak bangun jugalah.  Huhuhu.... Lama dah aku tak kena gastrik yang seteruk kali ini.  Hmmm... seingat aku... paling teruk aku kena gastrik yang teruk masa aku muda-muda dulu zaman anak dara ngan masa aku pregnantkan si Kimie dulu.  Masa tu.. doktor kata aku ulser pada perut tapi taklah tahap serius cuma beberapa tahun jugalah aku kena berpantang makan macam orang beranak tu dari makan pedas-pedas dan bercuka.  Totally no!!  Tu kira habis teruklah.  Selepas dari tu.... gastrik biasa jer.... still boleh cover ngan ubat.  Tapi kali ni... perghhh.... selepas kat 8 tahun tak kena... bila dah kena..... aku rasa macam nyawa aku tak lama jer dah... huwaa....  Its hapen again!! Paling kesian tu bila aku kena gastrik tu time lepas anak aku bersunat dan aku patut jaga anak aku but aku pula yang sakit.  Nasib baik ada mama aku tolong jaga Kimie.  Kesian dia... 2 hari aku cuti nak jaga dia akhirnya diri aku sendiri pun tak terjaga.  Tapi takper... 2 hari cuti tu diganti dengan MC.... dapat aku berehat sedikit.

Hmm... gastrik yang melanda kalini... sudah 2 klinik aku pergi baik di Melaka dan di Putrajaya aku menerima injection tapi sedikit pun tak berkesan pada aku.  At last... doktor di Klinik Mediveron Alamanda Putrajaya buat surat referrence minta aku ke Hospital Putrajaya buat ujian darah sebab bimbang aku bukan menghidap gastrik tetapi pankreastitis atas sebab faktor kesihatan yang aku alami agak berbeza sedikit dari gastrik biasa.  Itu pun pergi hospital lepas aku ambil injection untuk gastrik kalau lepas 2 jam tak baik jugak... baru pergi hospital buat ujian darah.  Hmmm... dengar camtu aku dah takut.  Tapi aku pergi juga.  Perghh...!!!  5 jam tunggu nak buat ujian darah serta air kencing dan nak dapatkan result darah tu kat Hospital Putrajaya tu di Wad Kecemasan.   Rasa mau nangis jer.  At last aku mintak balik dulu dengan alasan nak ambil anak kat taska.  Padahal aku pergi ke rumah aku di Cyberjaya untuk tengok progress rumah aku tu.  Keputusan dia... doktor akan call dan maklumkan kepada aku jika perlu ditahan wad atau ambil ubat di farmasi hospital sahaja.  Tapi syukur... keputusan darah dan air kencing aku ok.. bukan pankreastitis tapi memang gastrik cuma teruk skit jer.  Cuma air kencing aku dikatakan ada jangkitan kuman sedikit so doktor minta aku makan antibiotik yang disediakan dan minta aku singgah ambil ubat di farmasi hospital.

Hmm.. korang bayangkanlah masa time sakit tu... macam manalah aku nak baik kalau tak makan memanglah sakit tu datang tapi kalau makan pulak aku rasa macam makanan tu menyusahkan aku pula bila tiap kali makan aku akan sakit kat sekitar jantung dan ulu hati.  Makan sambil menangis untuk 4-5 harilah.  Dan sepanjang aku sakit seminggu ni... tiap-tiap pagi jam 3-5 pagi aku terbangun sebab tak tahan sakit perut dan aku kena bangun untuk makan sebab aku tak boleh biarkan perut aku dalam keadaan kosong langsung walaupun time tidur.  Perghhhh!!! Seksa tau!!

Tapi alhamdulillah... dah 7 hari ni... aku rasa sihat sedikit.  Syukur sangat... hmmm.. janganlah aku kena lagi gastrik seteruk ni... Tak tahan nak tanggung der.... kengkawan doakan aku yer... cerita-cerita selanjutnya dalam entry aku ni... aku akan update... Thanks kerana menyokong aku...  See u next entry!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...