Bulatan 's' dan Bulatan 's' - Di Tengah-tengah Perkataan
1. Bulatan 's' di tengah-tengah perkataan ditulis di sudut yang besar jika ia terdapat di antara dua gurisan lurus:
2. Bulatan 's' di tengah-tengah perkataan ditulis mengikut lawan pusingan jam pada gurisan lurus:
3. Bulatan 's' di tengah-tengah perkataan ditulis di sebelah dalam gurisan melengkung jika ia terdapat di antara gurisan lurus dan melengkung dan sebaliknya:
4. Bulatan 's' ditengah-tengah perkatan ditulis di sebelah dalam gurisan melengkung yang pertama jika ia terdapat di antara dua gurisan melengkung:
5. Bulatan 'z' di tengah-tengah perkataan ditulis mengikut cara menulis bulatan 's' di tengah-tengah perkataan:
Latihan 12.1
Transkripsi
Latihan 12.1
Sejak bapa Samad, Sidek dan Senu iaitu Encik Osman bin Kasim tidak ada, Samad, Sidek dan Senu masing-masing usaha dengan saksama. Samad tidak bosan menanam pokok-pokok pisang di dusun bapanya yang kosong itu. Ia disokong oleh adik-adiknya.
Keadaannya yagn miskin itu mendesak Sidek dan Senu mengadu nasib di Ibu Kota yang sesak dan bising dengan usaha pembangunan yang pesat itu. Dengan menjaja buah-buahan pasti Sidek dan Senu akan dapat pendapatan yang tinggi. Pada musin buah-buah-buahan banyak buah-buahan yang dijaja oleh Sidek dan Senu. Buah-buahan itu ada yang masak dan sedap dan ada juga yang masam. Jika ada pesta, Sidek dan sSenu pasti akan memesan banyak lagi buah-buahan.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!