Selasa, 19 Januari 2016

Jual Barangan Kraftangan Malaysia

Posted by Emmymazli at 12:42 PTG 4 comments
Assalamualaikum semua...

Harini just nak share aktiviti aku semalam menjual barang-barang kraftangan kedai arwah mak mertua aku  yang ditinggalkan di rumah.  Aku jual murah-murah jer.  Bukan sebab nak duit sangat tapi disebabkan tak mahu barang rosak macam tu jer... baik aku jual pada yang berkehendak...

Barang-barang yang ada ialah tudung saji, tikar lipat saprah mengkuang, tikar mengkuang,  set tampi, bakul basuh beras, bakul bawang 3 tingkat.  Alhamdulillah... aku just post dekat 2 group whats app jer lewat malam ahad tu iaitu group mak-mak koryo taekwondo dan group ibu-ibu taman perumahan aku.  And tak sangka sold out dah semalam.  Syukur!!!  

Yang bestnya... ada yang bertanya kot ada lagi stok tikar mengkuang la... stok tudung saji laa... hmmmm... aku memang sangat tak berani janji sebab masih tak tengok lagi barang kedai mak yang dikeluarkan oleh sepupu husband tempoh hari.  Kalau stok ada baru boleh citer.  Yang ada ni memand stok kat rumah.

Apa pon... tak sangka pula yang barang-barang kraftangan tradisional masih lagi orang minat... Guys... pleaselah sokong kraftangan Malaysia... hehehhe....






Isnin, 18 Januari 2016

Mencari Kelas Taekwondo Terbaik

Posted by Emmymazli at 11:42 PG 2 comments
Assalamualaikum semua.

Harini nak buat promo skit pada parents yang mencari kelas mempertahankan diri atau Taekwondo untuk anak masing-masing atau diri sendiri... Memandangkan ada beberapa kenalan dah ada yang bertanya... so ada baiknya aku sebarkan perkara baik pada semua khususnya.... Senangkan semua orang.... heheheh...

Kelas yang aku maksudkan adalah dari Kelab Taekwondo Koryo Malaysia.  (klik sebelah)
Pada pembaca atau kengkawan yang pernah follow blog aku pasti perasan entry-entry tentang perkembangan anak-anak aku dalam sukan taekwondo walau taklah sehebat mana... tapi boleh laaa... and alhamdulillah... Kelab Koryo  merupakan kelab yang terbaik di Malaysia sekarang ni dan membuka ruang buat anak-anak kita yang berbakat besar... Banyak kejayaan telah di rangkul oleh Koryo setiap tahun... kat bawah ni aku ada letak beberapa gambar kejayaan Kelab Koryo sepanjang tahun 2015 yang mungkin beri inspirasi buat parents and anak-anak diluar sana... so... sape yang berkenan nak joinkan anak-anak... marilahhh... 
 
 
For those yang mencari kelas taekwondo area Putrajaya, Puchong, Nilai, Sepang, Port Dickson.... ni jer lah yang dapat aku  bantu... contact number ada di bawah.  Area yang yang aku maksudkan adalah di bawah seliaan Sir Muhinuddin dari Koryo Sepang.

Sir Muhin - 016-3070982
Sir Khalid - 017-8766486
Sir Stephan - 012-2646778
Sir Ridzuwan - 019-6094010
Bagi area lain seperti Shah Alam, Ampang, Damansara, Batu Pahat, Melaka, Kluang, Pekan, Muar, Jengka dan lain-lain lagi... boleh contact atau tengok FB yang aku listkan di  bawah ini sama ada direct pada Kelab atau Sir yang berkenaan atau pada FB Kelab Koryo Malaysia sendiri untuk dapatkan maklumat kelas yang dibuka yer.... Good luck semua!!


Harap info ni sangat membantu korang!!!






Ahad, 17 Januari 2016

Dapat Juga Medal Hello Kitty Run Singapore 2015

Posted by Emmymazli at 12:43 PTG 1 comments
Alhamdulillah... akhirnya dapat juga medal yang aku inginkan... 
Maybe orang lain rasa pelik dengan keinginan aku nih... tapi bagi peminat Hello Kitty macam aku nih akan terasa geram sangat sebab tak dapat join run ni bulan Disember 2015 lepas atas faktor masa dan keadaan ekonomi yang tak mengizinkan... Giler bapak mahal join run ni... SG70.00 kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM210.  Tu belum kira aku nak buat passport lagi... nak travel ke JB and Singapore lagi.... mana nak cekau!! Sangat-sangat hakak tak mampu dik!!!  Walau minat... terpaksa lah ukur baju di badan sendiri.


Aku tak kisah kalau tak dapat barang-barang lain.. nak medal je... Ntah camner terfikir nak find kot-kot sape-sape nak jual medal ni... cari-cari ada manusia nak jual online kat Carousell dengan harga SG20.  Bila dah deal dia tak nak jual kat aku sebab leceh bagi dia nak pos.  Pemutusnya sebab nak sangat medal ni, terpaksalah aku deal dengan sepupu husband aku si Rizam untuk deal ngan awek yang menjual medal ni dan  bayar terus.  So settle... kebetulan Rizam balik Melaka baru ni... then dia pass medal kat adik dia dan aku pon bayar pada Rizam dengan duit Malaysia RM60.  Settle masalah dan dapat apa yang diidamkan. 

Anggaplah aku gi berlari juga sebab masa run ni kat Singapore pada 20 Disember 2015... aku join run di Cyberjaya pada 19 Disember 2015... hehehehe... kira fair la kan....

Ok guys... bye!!

Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul Baby Daiyan

Posted by Emmymazli at 11:46 PG 0 comments
16 Januari 2016 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua Melaka

Salam semua...

Today kita story-story yer pasal event family pula.
Baru-baru ni family aku ada le buat Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul untuk Baby Daiyan.  Baby Daiyan ni anak kepada adik bongsu aku dak Boy @ Mohd Nazirul Asyaf.  Sebenornya... cam tak plan pon nak buat kenduri ni tapi memandangkan 21hb Januari ni Baby Daiyan akan ada operation untuk kaki dia... maka mama aku usahakan juga untuk adakan kenduri doa selamat untuk cucu dia dan bersekali terus dengan cukur jambul.
For those yang belum pernah baca entry aku sebelum ni pasal Daiyan yang kaki dia mengalami Clubfoot tu.... bleh klik sini Entry 1, Entry 2, Entry 3

Actually... Daiyan kena operation kaki dia untuk kendurkan urat-urat kaki yang membuatkan tegang pada kaki Daiyan pulih.  Selepas ini rawatan untuk tegakkan tapak kaki dia pula supaya normal... selain itu ada juga masalah lain... Aku diberitahu yang struktur tulang di betisnya selepas 6 minggu di simen yang sepatutnya tegak jadi bengkok skit.  Asalnya betis dia tegak seperti normal.... Dari segi tapak kaki dia yang bengkok tu dah nampak peningkatan tegaknya hasil dari simen tu cuma katanya dekat tulang buku lali tu macam termasuk sikit setelah doktor pakar sendiri yang xtray.  Tak tau lah nak kata camner.....  Patutnya makin ok... ni makin bermasalah pula... Baby pon dah masuk 3 bulan... kesian tau.... 

Dari mama aku cerita... sebelum doktor pakar masuk campur dalam hal Daiyan ni... ada seorang doktor yang mengesyorkan alternatif sebelum ni.  Tak tau  nak terima kasih ke tak pada dia... tapi yang buat aku geram tu... rupanya ada opsyen lain lagi yang boleh digunakan pada Daiyan supaya taklah seksa nak memakai simen berat pada kaki baby.  Jangan kata Daiyan... aku sendiri nak dokong Daiyan dengan kaki bersimen tu pon punyalah sangat cepat lenguh tangan tau... berat!!!  Itu  belum aku citer yang Daiyan pernah melecet teruk kat betis yang bersimen tu.  Ya Allah... kesian sangat!!!  Dari kata mama lagi... sebenarnya setelah tengok keadaan Daiyan, doktor maklum yang parents Daiyan boleh pilih untuk pakai simen yang jenis ringan dari awal lagi tapi mahal katanya.  Senang citer... doktor tu pandang sengkek la kot kat Adda & Boy sebab masa diorang nak pakaikan simen pada Daiyan... takde pula diorang bagi pilihan.  Hadoiii.. kalaulah doktor bagi opsyen tu dari awal... kan tak mudarat gini.  Insyaallah kita boleh usahakan mana  yang mampu... Bila dah nampak kesan lain berlaku kat kaki Daiyan baru la menggelupur nak panggil doktor pakar.  Terus nak buat operation kat kaki... hmmmm.... Wajarkah kalau kita saman pada pihak hospital atau doktor yang terlibat atas kecuaian mereka??? Aku geram tau.... 

So inilah sebab kenduri doa selamat ni diadakan.... moga operation kaki daiyan pada 21hb Januari 2016 berjalan lancar.  Selain tu... dah alang-alang buat kenduri, kami jalankan sekali majlis cukur jambul untuk Daiyan... kat kampung kalau buat majlis gini seronoklah... meriah dengan sedara mara datang....
Kat kampung aku yang majoriti adalah masyarakat Jawa... as usual kalau kenduri kendara gini kami readykan Nasi Ambeng.  Huhuhu... kalau inform jer sedara-mara kami... insyaallah diorang akan turun kampung untuk menikmati nasi ambeng.  Lagi-lagi kalau sendiri yang masak.  Mau berebut!!  Kalini.... jangan kata sedara mara kami jer... keluarga adik ipar aku si Adda dan kawan kilang Boy & Adda pon datang and excited nak merasa nasi ambeng.  Diorang nak rasa makan dalam dulang ramai-ramai.  Selain tu... bagi kami di kampung.... tuan rumah yang mengadakan kenduri pon senang nak uruskan... buat bacaan doa selamat... berzanji ke... atau apa-apa jer lah... lepas selesai jer terus jemputan/ orang kampung yang hadir bahagikan nasi dalam dulang kepada 4 bahagian dan setiap seorang dapat 1/4 bahagian untuk dibawa balik dan makan bersama keluarga.  1/4 bahagian tu boleh makan 3-5 orang lagi tau... Diorang takkan  makan nasi ambeng tu dekat majlis kecuali minum dan makan kuih skit.  Sedara-mara atau tetamu luar yang datang jer akan makan nasi tu kat rumah tuan rumah.  Method dia sama.... 1 talam besau tu akan dibahagi 4 juga then 1/4 dulang tu akan dimasukkan ke dalam dulang kecil untuk di ngap beramai-ramai... heheheh.... Jadinya... senanglah tuan rumah tak renyah nak basuh pinggan sebab pakai dulang jer.... Minum boleh pakai cawan plastik jer.  
Nanti korang tengok sendirilah gambar kemeriahan kami bila berkenduri di kampung. Seronok bila makan ambeng beramai-ramai ngan sedara-mara atau rakan terdekat.   
Apa pon... bersyukur... kenduri doa selamat dan cukur jambul untuk Daiyan berjalan lancar.  Yang best... kitorang pon merasa potong jambul Daiyan... heheheh... amik berkat orang tua-tua kata.... 
 Bila dah selamat rambut digunting tu.... maka rambut Daiyan pon jadi tobak tabik la kan.... so esoknya terpaksalah dicukurkan terus... itulah tujuan majlis potong/cukur jambul.... heheheh... jambu plak maklong tengok muka adik Daiyan bila dah botak...  hehehhe....
Oklah... sekian saja story kali ni.... Kengkawan doakan yer anak buah aku tu selamat operation 21 Januari nanti...  Bye alls!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...